Kompilasi 102 Kata-kata Hikmah, Mutiara Kata Dan Ayat-ayat
Motivasi | Hari ni saya nak kongsikan Mutiara Kata, Kata-kata Hikmah dan
Kata-kata motivasi yang saya ambil sepenuhnya dari Laman Nurani. Semoga
kata-kata ini dapat memotivasikan kita dan menaikkan semangat kita. InsyaAllah.
=========================
1. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan
daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
2. Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa
mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
3. Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian
lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
4. Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan
membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah
mengalaminya
5. Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak
sibuk
6. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam
diam sahaja
7. Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di
masa akan datang
8. Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
9. Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan
sihat tidak pernah bertemu
10. Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir
mencuci kekotoran hati
11. 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat
selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
12. Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang
hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain
tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
13. Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia.
Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
14. Jawatan kosong kerja dari rumah diperlukan segera. Cuma buat
kerja depan komputer. Kalau anda inginkan pendapatan sambilan at least rm1000
sebulan sertai kami di >>JOBDIRUMAH<<. Tahniah, anda membuat
pilihan bijak!
15. Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau
demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat
dosa atau terhukum kerana sumpah itu
16. Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan
belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
17. Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang
menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan
belanja yang kecil
18. Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita
jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
19. Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak
akan mengecap bahagia
20. Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul
periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata
jika terus dimakan dikhuatiri beracun
21. Terburu-buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah
kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir
dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
22. Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah
istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri.
Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
23. Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu
dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari
racun
24. Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya
dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan
dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
25. Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan
tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu
abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
26. Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya
hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
27. Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000
orang lain
28. Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang
akan terbit pagi besoknya
29. Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah
serinya apabila dedaun berguguran
30. Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
31. Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang
telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
32. Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu
ialah kemanusiaan
33. Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh
setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang
dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
34. Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan
ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
35. Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia
setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya
dengan secukupnya
36. Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh
itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat
dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
37. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang
di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
38. Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam
di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu
dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
39. Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan
manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini
masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
40. Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu
sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya
penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang
benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
41. Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
42. Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk
ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
43. Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang
tidak sah
44. Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
45. Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup
rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
46. Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti
berpidato di depan orang tuli
47. Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana
kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi
matang dan berpanjangan
48. Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang
punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling
utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
49. Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan
penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang
yang berhak menyelesaikannya
50. Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu
penyeksaan yang tidak berkesudahan
51. Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah
mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan
kegembiraan pula belum berputik
52. Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu
kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita
simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi
dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang
merupakan suatu penyeksaan
53. Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah
berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar
orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
54. Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta
pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan
akan tetap kekal
55. Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah
pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
56. Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10
orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap
mata terbuku, belum bererti ia melihat
57. Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
58. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira
tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
59. Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
60. Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah
kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita
nantikan berhasil
61. Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan
62. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu
pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita
tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan
dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
63. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling
dengan batu lalu dibalas dnegan buah
64. Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam
oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi
pelajaran
65. Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di
pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
66. Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan
merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
67. Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada
keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah
martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
68. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya
semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah
perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang
yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
69. Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti
membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang
berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad
menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
70. Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk
diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan
atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua
duanya adalah anugerah Tuhan
71. Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal
mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan
perempuan cantik atas dasar akhlaknya
72. Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan
keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke
arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang
dihajati dalam kerukunan perkahwinan
73. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin
dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja
untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila
diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
74. Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang
indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
75. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya
tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
76. Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi
dengan seringya ia menitik
77. Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang
kosong akan menghasilkan kegelapan
78. Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah,
semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
79. Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang
mempamerkan imejna
80. Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci
tanpa menodai keaslian pantai itu
81. Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu;
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau
berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang
kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
82. Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian
terdapat satu kejian
83. Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih
keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih
halus dari sutera
84. Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk
memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
85. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku
terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
86. Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak
dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan
suka bekerja sama di antara satu sama lain.
87. Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari
suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
88. Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari
pengetahuan
89. Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat
binatang yang suka memakan bangkai.
90. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
91. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan
manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
92. Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang
membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
93. Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
94. Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
95. Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi
tidak sehaluan
96. Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau
yang menimpa di musim panas
97. Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan
sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
98. Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita
disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang
bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
99. Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang
lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata
lembut
100. Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi
lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
101. Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
102. Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian
menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup
memeberi erti yang nyata
Assalamualaikum Ikhwan, perkenalkan, saya Arrum. Saudara muslimah dari Indonesia.
ReplyDeleteBanyak senarainya. Terima kasih
ReplyDelete