“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan
daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa
bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua
pintu langit baginya.”
Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh
perkara:
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta,
ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan
diri dengan berzikir , membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang masa permusuhan, kebodohan
dan kedengkian terhadapat sahabatnya. Lantaran, kedengkian dapat menghapuskan
kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar
kayu”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang
pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula
terpikat kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram,
maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat”
Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang
yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:
“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut
seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama
sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam
keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”
Kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk
perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari
zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu
pondok. Tidak ada yang boleh masuk di situ, selain orang yang ditawarkan barang
haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah”
Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk
maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya,
serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang yang soleh.
Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan
ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan
munafik.
Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia
termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan
mata air (syurga)”
Seolah-olah Allah mengatakan: Sesungguhnya pada hari Kiamat
mereka selamat daripada api neraka.
Bab 1.2: Menangis Kerana Takutkan Kepada Allah SWT
Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan
pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di
dunia, Aku amankan dia di Akhirat. Dan barangsiapa aman dengan-Ku di dunia, Aku
takutkan dia di Akhirat”
“Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana
takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis..”
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih. Untuk Lebih Informasi sila lawati Blog saya http://www.aadesigns94.com/