Diriwayatkan daripada Abu Umamah ra, katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”
“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”
Jadi berapa lamakah masa yang kita ambil untuk khatam atau
hafaz 30 juzuk Al-Quran? Cuba lihat jadual dibawah…
Hurmm~ Itulah dia… Kalau kita terlampau sibuk sekali pun,
sekurang-kurangnya kalau kita baca 1 ayat Al-Quran setiap hari, maka dalam 17
tahun akan datang, Insya’Allah kita akan khatam juga. Tapi kalau ya pun,
takkan lah nak baca 1 ayat jer, ye tak? Paling kurang pun kalau kita baca 1
atau 2 mukasurat setiap hari dengan istiqomah, sekurang-kurangnya dalam masa
setahun, kita sudah pun boleh khatam Al-Quran…
Tidak mengapalah kalau kita Baca
Al-Quran Tapi Tak Faham Apa Pun, kerana membaca Al-Quran itu saja pun,
sudah boleh Di Jadikan Penenang Jiwa… Tapi kalau faham, lagi bagus!
Dibawah ini saya sediakan juga tips-tips yang boleh kita
ikuti untuk Menghafaz Al-Quran. Semoga ianya boleh dijadikan panduan kepada
diri saya, dan kepada sesiapa saja yang bercadang untuk cuba Menghafaz
Al-Quran…
TIPS MENGHAFAL QURAN
- Mestilah
dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
- Menggunakan
naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat
rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat
(kedudukan) ayat yang dihafaz. temoat ayat atau posisi memainkan peranan
penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
- Gunakan
naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, sruktur, dan susunan
ayat nya di atur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan di
ingati.
- Ayat
atau surah yang hendak di hafal hendaklah di lancarkan bacaanya terlebih
dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah
ali-imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan
muka surat yang pertama itu dahulu.
- Bacaan
hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula
menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan
anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan
hafalan anada bercelaru.
- Mulakan
hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu
ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali
sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang
kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama.
kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.
- Pastikan
ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya
untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.
- Amalkan
membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda
lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih
bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat
yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.
- Amalkan
membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai
zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal,
ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan
baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati
ayat-ayat hafazan tersebut.
- Amalkan
memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.
- Jauhi
amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.
- Tanamkan
semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan
masa yang lama.
- Banyakkan
memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk
menerima al Quran.
- Pilih
waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat
fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini
tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah
istiqamah.
- Tidak
perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan
istiqamah dan berkesan.
Tips Hafaz Al-Quran dirujuk dari;
ILuvIslam
ILuvIslam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih. Untuk Lebih Informasi sila lawati Blog saya http://www.aadesigns94.com/