Entry Terbaru

Tuesday, October 30, 2012

Seuntai Doa Untuk Sahabat



 
"Ibu, rasanya semua dah siap kemas, InsyaAllah, bolehlah kita berangkat sekarang. Ayah pun dah tunggu dalam kereta tu". Beritahu Rafiq pada orang tuanya. 
Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang dilekatkan di sudut bacaan, ditinggalkan sahaja, agar dapat memberi manfaat kepada penghuni yang baru.
Ditatapinya buat kali terakhir. Bilik A-32; bilik yang menyimpan seribu satu kenangan. Diuji dengan pelbagai dugaan semata-mata untuk menjadi seorang daie, untuk meneruskan amanah dan perjuangan Baginda. Namun, dia sedar. Hidayah milik Allah. Dia hanya mampu melakukan yang terdaya, dalam usaha mentarbiah ahli-ahli biliknya.
Lidahnya basah dengan dakwah. Namun, mungkin sahaja dia yang bersalah. Mungkin sahaja method dakwahnya tidak berkesan. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam dirinya. Hanya doa yang akan mengiringi mereka selepas ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah.
Sudah 3 tahun Raqib menghuni bilik tersebut. Perasaan sayu bertandang di lubuk hatinya. Sedih. Kini, dia terpaksa meninggalkan bilik itu, kerana sudah tamat pengajian. Mungkin juga untuk selama-lamanya.

* Bertamu Sebuah Memori *

"Ayah, boleh tak, singgah surau? Raqib nak letak buku Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim. Dah lama rasanya buku ini bersama Raqib". Pinta Raqib pada ayahnya.
Semoga ianya mampu membuka hati sesiapa sahaja yang membacanya, agar tidak pernah jemu dalam usaha untuk menyebarkan dakwah dan islah sesama manusia. Tidak kira non-muslim atau muslim. Semoga bermanfaat. Itulah niat dan keikhlasan hatinya.
Dia teringat pesan Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda, "Jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari." (hadis riwayat Tabrani)
Ayah tersenyum. Manis senyumannya. Dia memperlahankan kereta lalu membelok ke kiri menuju ke surau Al-Falah. 
Raqib merenung sudut kiri di hadapan surau tersebut. Butir-butir kristal mula memenuhi kelopak matanya. Namun, ditahan juga, bak empangan yang menakung tadahan. Fikirannya mula terbang melewati episod-episod perjuangan bersama sahabat-sahabatnya. Di situlah tempat Raqib menjalinkan ukhwah bersama-sama sahabatnya. Banyak masanya dihabiskan di situ.
Semuanya terjalin kerana Allah. Daripada usrah, halaqoh, tazkirah, sehinggalah Majlis Ilmu, dan pelbagai lagi proses tarbiah dilakukan. Berat sekali hatinya untuk meninggalkan surau tersebut. Semuanya syabab yang dahagakan ilmu, yang sering meniti dibibir-bibir mereka dengan kalimah memuji kebesaran Rab.
Terlintas kata-kata gurunya sewaktu pengajian dulu. 
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."(At-Taubah 9:18)
Sering sahaja mereka mengingatkan antara satu sama lain, tentang kelebihan solat berjemaah. Tidak dilupakan juga untuk mengejut sahabat-sahabat ke surau, terutamanya waktu Subuh. Zikir-zikir mengingati Allah juga tidak ketinggalan untuk mereka lafazkan sesama mereka. Solat dhuha, Solat tahajud. Semuanya dilakukan semata-mata mencari keredhaan Allah, serta bimbingan sahabat-sahabat yang sentiasa memperingat antara satu sama lain. Penghayatan akidah juga ditekankan, agar hubungan mantap dengan Rab. Namun, segalanya hanya tinggal memori.
"Ya Allah, berilah kekuatan kepada sahabat-sahabatku, agar mereka sentiasa mampu mengingatiMu. Mungkin sahaja di sini, terdapat rakan-rakan yang mampu mengingatkan kami, satu sama lain. Namun, aku sedar, dugaan diluar lebih besar cabarannya. Teguhkan iman kami, supaya sentiasa berada dalam rahmat-Mu." Bisiknya di dalamm hati. 
Rafiq merenung jauh. Pandangannya melintasi perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan syuhada di dalam mengembangkan syiar Islam. Janggutnya mula dibasahi air mata yang bercucuran.
Raqib begitu risau akan sahabat-sahabat seperjuangannya. Mampukah mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, ketika mereka berada di dunia yang nyata, yang sudah semestinya penuh dengan pancaroba?

* Segalanya Berbeza *

"Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang..." Dia bermonolog.
Raqib mengerutkan dahinya. Istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Tidak dinafikan, di mana-mana sahaja surau, pasti hanya akan dipenuhi oleh orang-orang tua sahaja. Adakah surau hanya menjadi tempat-tempat bagi hambaNya yang sudah berusia sahaja?
Segala bisikan syaitan tidak diendahkan. Raqib sentiasa perlu bermujahadah. Mungkin sahaja dia menjadi orang asing di dalam rumah Allah itu, kerana hanya dia sahaja anak muda didalamnya.
Sama juga keadaannya ketika waktu Subuh. Mampukah sahabat-sahabatku bermujahadah untuk berjemaah di surau? Mampukah mereka bangun tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi, semata-mata untuk melakukan tahajud seperti dahulu? Mampukah mereka meluangkan sedikit sahaja masa untuk melakukan solat Dhuha, seperti juga di kolej dahulu?
Raqib sentiasa husnuzzon dengan sahabat-sahabatnya. Dia tawaduk, menadah tangan mengharapkan rahmat Allah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan muhasabah.
"Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini merendahkan diri serendah-rendahnya dihadapanMu. Aku memohon keampunan dariMu. Aku hamba yang banyak melakukan dosa. Jauh sekali untuk menjadi sempurna, bahkan untuk mengharapkan balasan syurgaMu. Aku seringkali tewas dengan hawa nafsu, namun aku juga sentiasa bersyukur kepadaMu kerana Kau masih memberikan aku sinar harapan, peluang untuk sentiasa beribadah kepadaMu. Semuanya atas keizinanmu, ya Allah. Aku bukanlah seorang yang banyak ilmu, tetapi setitis kesedaran yang diberikan Kau takkan ku persia-siakan."
"Bimbinglah sahabat-sahabatku. Semoga mereka sentiasa bermujahadah, meniti hari-hari yang mendatang. Aku tidak mampu untuk berada bersama-sama mereka selama-lamanya, untuk saling memperingati antara satu sama lain. Hanya Kaulah tempat aku berharap, agar Kau sentiasa bersama-sama sahabatku. Berikanlah kekuatan untuk mereka istiqamah, dalam usaha menjadi hambaMu yang bertaqwa". Panjang munajatnya memohon kepada Allah.
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Az-Zukhruf 43:67) 
"Semuanya dah berubah, dahulu makmum aku hanya sahabat-sahabat sebayaku, tetapi, sekarang..." Dia bermonolog. 
Rafiq menarik nafas perlahan.Kedengaran hembusan kecil dari mulutnya. Kemudian istighfar membasahi bibirnya. Dia tetap ikhlas menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
 

Monday, October 29, 2012

Bagaimana Hendak Menangani Masalah Asmara Cinta?




Tamadun barat banyak mempengaruhi dunia Islam khususnya semenjak kejatuhan empayar Islam Turki Uthmaniyah. Disebabkan kelemahan umat Islam di dalam pelbagai bidang termasuklah keilmuan, politik, pemikiran dan budaya maka kelemahan ini menjadikan masyarakat Islam seumpama vakum yang menyerap masuk segala debu-debu dan kotoran disebabkan kekosongan dan kebuntuan.

Politik yang kacau bilau yang dicetuskan di dalam era kejatuhan Islam di seluruh dunia bermula Turki, fasa taklid dan kejahilan agama yang dahsyat, lemah semangat dan kurang keyakinan yang parah terhadap agama menjadikan masyarakat mula mengkagumi kemodenan, kemewahan dan kehebatan kuffar yang tecerna di dalam tamadun dan budaya eropah di abad ke 19 sebelum ini.

Satu demi satu, budaya dan aneka ragam penghasilan barat di bawa masuk baik yang material seperti teknologi sehinggalah kepada pemakaian dan sikap serta tingkahlaku.

Memakai sudu dan garfu, memakai tali leher di tengkuk, sehinggalah kepada perhubungan dan perasaan fitrah seorang manusia akhirnya dipandu oleh pemikiran dan berdasarkan budaya barat.

Dahulu, seorang gadis di tanah melayu hanyalah mengenali cinta melalui perkahwinan, di negara-negara Islam dan kawasan jajahannya sejak sekian lama gadis dan lelaki di asingkan semenjak baligh kini sudah mula bercampuran dan mula bergaul dan menikmati kemanisan cinta tanpa perkahwinan.

Cinta Tanpa Perkahwinan



Bermulanya cinta tanpa perkahwinan biasanya berlaku sejak di bangku sekolah dan di pusat-pusat pengajian yang menjadi tempat kemusnahan akhlak akibat percampuran anak-anak gadis dan lelaki.

Sang gadis mula terjatuh hati kepada rakan sekelas dan lelaki pula mula memerhati sikap dan geletah remaja perempuan saban hari yang akhirnya mengundang jenuh di hati dan sesak di dada yang menjadikan ramai remaja kita mencari lega dan rehat otak melalui jalan mudah seperti berzina, melancap dan melakukan pelbagai perkara yang memalukan.

Anda bertanya kenapakah remaja kita menjadi begini ?

Mereka menjawab, pendidikan jasmani di sekolah yang menyaksikan pelajar perempuan terloncat-loncat dan bercampur meriah dengan pelajar lelaki, waktu rehat di kelas dan ruang perkenalan yang panjang bertahun-tahun memberi peluang lelaki mengenali warna bra dan saiz baju dalam pelajar wanita melalui pengamatan hari-hari ke arah baju kurung putih yang nipis dan tudung yang singkat serta telepon tangan (handphone) yang memberi peluang tambahan untuk percakapan, perkenalan, perkongsian perasaan dan luahan serta pujukan juga gurauan itulah yang menjadikan remaja kita seperti sekarang.

Telepon Tangan Merosakkan



Ke hulu dan ke hilir remaja kita mengenggam erat telepon tangan mereka, bukanlah hanya kerana mahalnya telepon itu bahkan juga disebabkan di dalamnya tersimpan gambar-gambar tidak menutup aurat, video yang memberangsangkan juga kata-kata dan mesej cinta yang menghairahkan.

Kenapa jadi begitu ?

Iklan agaknya ? Mungkin televisyen yang mempromosikan budaya cinta seperti di pawagam atau di layar TV ? Ramai juga yang menyalahkan ibubapa yang menjadi penyebab dan punca kerana membiarkan anak-anak mereka serta tidak mengambil berat persoalan agama.

Budaya barat itulah perosak !!!

Cinta perlu dilafazkan, cinta pandang pertama, menghabisi saat-saat bercinta mengikut telunjuk barat seperti bersama, memegang tangan, berkucupan, bersekedudukan, berkongsi segala-galanya dengan pasangan dan akhirnya menuju ke medan perkahwinan setelah menyakini itulah pasangan yang paling ideal dan layak di bawa ke dalam kehidupan sebenar.

Diperkenalkan dengan keluarga, diikat melalui pertunangan dan akhirnya berkahwin dengan ucapan semoga berbahagia ke anak cucu dan berharap tidak akan bercerai dan berpisah selama-lamanya.

Hakikatnya perkahwinan sebeginilah yang paling ramai bercerai !!!

Islam memandang cinta sebagai suatu yang fitrah dan mulia

Di dalam agama Islam, cinta sememangnya diperintahkan dan ianya merupakan standard perasaan yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim.

Tidak sempurna iman tanpa cinta demikian tinggi Islam memandang cinta itu sebagai sesuatu yang beharga. Oleh yang demikian ianya diberikan hanya kepada yang berhak, disalurkan kepada mereka yang layak dan dilarang serta dihalang daripada memberikannya kepada mereka yang tidak berhak.

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Juga baginda Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasalam turut bersabda : “Ada tiga perkara yang sekiranya terdapat dalam diri seseorang, maka dia telah mendapatkan kemanisan iman: Allah S.W.T dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah S.W.T, dan benci kembali kepada kekafiran sesudah Allah S.W.T menyelamatkannya darinya sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)


Itulah Islam menjaga Cinta
Tiadalah gunanya ucapan dan perasaan berbunga-bunga serta khalayan kosong mengenai cinta dan kasih kalau perhubungan yang terlarang dijalin tanpa ikatan agama dan kemuliaan akhlak.

Apalah ada pada tubuh yang dijamah saban malam, dikucup dan dipegang oleh tangan-tangan yang haram dan ketika itu ucapan cinta, lafaz-lafaz ayatnya hanyalah tiket untuk kenikmatan seks dan nafsu !

Itu bukan cinta !

Bagaimana merungkai cinta palsu ?

Hancurkanlah cinta palsu, musnahkanlah ia dengan bom kefahaman dan kekuatan letupan akibat iman dan ketaqwaan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata Dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu Termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (Surah Yusof : 24)

Apabila seorang muslim menyakini bahawa dirinya selama ini dijajah oleh barat dan kekufuran serta mengetahui ciri-ciri kebathilan yang menguasai dirinya sebelum ini dan berusaha membebaskan jiwanya daripada dijajah oleh kekufuran menuju kebebasan sejati maka dia pasti akan menyerahkan hidupnya untuk ditadbir oleh peraturan yang Maha Esa.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemauan kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.” (Al-Hujurat : 7)

Akal yang bebas berfungsi !

Boleh memikir dan menghayati kehebatan Ilahi, kekuasaannya dan kemurkaannya serta menjadi takut dan lantas dengan bertindak segera bagi menyelamatkan diri daripada azab siksa.

Dia akan mengerti bahawa cinta sejati tidak akan dijalin oleh hubungan yang haram, lelaki dan wanita hanya akan disatukan oleh agama melalui perkahwinan dan itulah yang akan diusahakannya.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa rasulullah pernah bersabda : “Kami tidak melihat keadaan dua orang yang sedang bercinta yang lebih baik daripada nikah.” (hadis sahih riwayat Ibnu Majah )



Tidak sekali-kali mengikut cara barat di dalam menuju perkahwinan tetapi akan melihat apa kata Al-Quran dan As-Sunnah di dalam memilih pasangan.

Ibnu Mas’ud r.a pula menyatakan: “Akan mendapat kekayaan melalui pernikahan.”

Semua kata-kata ini amat bertepatan dengan hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Tiga golongan yang menjadi tanggungjawab ALLAH untuk menolong mereka, iaitu orang yang ingin bernikah kerana ingin memelihara diri daripada maksiat…”- Hadis sahih riwayat Ahmad no. 7416, Tirmizi no. 1655 dan lain-lain.

Pasangan di pilih, seterusnya kepada siapa harus dituju untuk meminta keizinan, Al-Quran dirujuk dan sunnah menjadi pedoman lantas mencari segera bekalan dan kemudian bersama membina keluarga bahagia yang di dalamnya cinta ! 
http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/2011/05/bagaimana-hendak-menangani-masalah.html

Wanita Solehah, Hanya Yang Terbaik Untuk Lelaki




Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.


Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata "Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain  yang lebih utama maka kami akan mengambilnya". Rasulullah bersabda : "Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah".

Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"


Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik".


Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."


Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).


Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.
Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.


Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan


Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.
Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan
Dr Al 
Zahrawi @ isuhangat
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi
kopi yemen @ isuhangat
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas @ isuhangat
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti
Fatima al-Firhi @ isuhangat
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar
aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.


6. Optik
kejayaan Islam @ isuhangat
“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat


7. Muzik
muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi
berus gigi@isuhangat
Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank
takal @ isuhangat
Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

http://www.loveloveislam.com/2010/07/9-penemuan-orang-islam-yang.html

Sunday, October 28, 2012

.:: Hadis Rasulullah S.A.W tentang akhir zaman (hampir kiamat) ::.




kiamat sudah dekat, Tidakkah kita mengetahui. Sejauh manakah amalan kita, layakkah kita untuk menghadap Allah yang Maha Esa, Adakah amalan kita sudah sempurna..?? Sejauh manakah keimanan Kita kepada Allah...?? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan sejenak akan akhirat jangan terlalu taksubkan dunia....


Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :


Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." * Sahih Bukhari*

Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." * Sahih Muslim*

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." * Abu Hurairah r.a*

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" * Ibnu Majah*

Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" * Riwayat Nasai.*

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." * Riwayat Ahmad dan Hakim*

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." * Riwayat Ahmad*

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" * Riwayat Thabrani*

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." * Riwayat Ahmad*

Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." * Riwayat Thabrani*

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" * Sahih Muslim*

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai* Sahih Muslim*

Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada,
http://www.blogger.com/profile/09722961437700175534

Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA


SILA KLIK PADA LINK DI ATAS

Simbol "PEACE"


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ast (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Tanda peace adalah kejayaan untuk syaitan

gambar tangan di atas adalh keratan dari kamus Webster terjemahan Inggeris-Inggeris.Menurut Texe Marrs, kamus versi Webster hanya menyatakan simbol tangan itu sebagai simbol V tetapi tidak pula menerangkan maksud V seperti perkataanvulcanism,vulcanize dan vulgar yang terdapat pada sebelah kiri gambar.Namun begitu,perkataan perkataan vulcan sendiri adalah bermaksud dewa purba berkaitanTuhan Api dan kemusnahan

Dua jari yang terbuka diatas merujuk kepada amalan2 dalam ajaran Freemason dan Gnostc Law of Oppasites.2 jari itu menggambarkan 2 ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat ,syurga dan neraka.selain itu,simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yng dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan



Potret hakim zaman Athes purba iaitu Dionysius the Areopagite(gmbr diats) sedang menunjukkan isyarat V atau kejayaan untuk syaitan.Menurut sejarah,Dionysius telak memeluk agama kristian selepas mendengar syarahan2 agama daripada paderi berbangsa yahudi iaitu Apostle Paul.

simbol Per Benedection(atas,kiri) yang dilukis oleh golongan tertentu sudah pasti mempunyai makna yang tersirat dan sukar ditafsirkan oleh orang awam biasa.

Wednesday, October 24, 2012

BiSa SenGatan LaLat


Terdapat sebuah riwayat dari Hussain yang didengarnya dari Abdullah beliau berkata, "Bercerita kepadaku seorang lelaki , kami telah keluar mengembara bersama satu rombongan dan di antara kami ada seorang telah mengeluarkan kata-kata kesat serta memaki hamun sahabat Nabi iaitu Abu Bakar As-Sidiq. Kami telah melarangnya, tetapi ia tidak juga mahu menghentikan perbuatannya. Di tengah perjalanan kami, berhenti seketika kerana terlalu penat. Ada di kalangan kami yang memanfaatkan masa dengan tidur, mengalas perut serta mencari air. Sahabat yang mencaci Abu Bakar As-Sidiq itu pergi agak jauh sedikit dari perkhemahan kami, mungkin ia sedang mencari tempat yang sesuai untuk membuang air besar. Tiba-tiba kami serombongan dikejutkan oleh jeritan sahabat tadi. Dia menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Kami ingat ia mungkin diserang binatang buas lalu segera mendapatkannya. Rupa-rupanya ia bukan dikejar binatang buas tetapi telah diserang oleh lalat yang ganas. Keadaanya sama seperti bangkai yang dikerumuni oleh lalat hijau yang besar. Kami sedaya upaya cuba menyelamatkannya, tetapi lalat-lalat itu bukan seperti lalat yang biasa kita lihat. Sengatannya jauh lebih sakit dari sengatan lebah. Kami sendiri pun terpaksa melarikan diri dari tempat itu. Setelah lalat itu pergi meninggalkan sahabat kami, kami pun pergi mendapatkannya. Apa yang kami lihat, semua anggota tubuh badannya menjadi hampir-hampir putus.