Entry Terbaru

Friday, May 24, 2013

Ngeri-Seorang Penjual Telefon Bimbit Di Gombak Ditetak Dengan Parah(9 gambar)

Gombak: Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa bersama dua rakan lelakinya sedang makan di Melati Setia Tomyam, di sini.

Bagaimanapun, tiba-tiba datang tiga lelaki tidak dikenali membawa parang dan kayu besbol terus menyerang mangsa dari arah belakang menyebabkan berlaku pergaduhan.

“Ketika kejadian itu, hanya mangsa saja diserang dan ditetak bertubi- tubi pada anggota badan manakala dua rakannya tidak diapa-apakan.

“Selepas beberapa minit membelasah mangsa, semua suspek melarikan diri dengan kereta yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang parah dihantar ke HKL oleh rakannya selepas tidak sedarkan diri.

Berikut adalah laporan polis yg telah dibuat.

Gombak rpt 3927/13 bertarikh 22/05/13@ 0245hrs.

Sek 324KK I.O: Insp Farouq

Pengadu Mohd Fadli b Yusoff (46 thn)(penghantar surat)

Pada jam l/kurang 0030hrs 22/05/13, semasa pengadu sdg mkn di Melati Setia Tomyam, gombak setia bersama kawan nama Jali@Tyson dan seorg lg kawan jali. Tiba-tiba datang 2/L/melayu dan 1/L/cina membawa parang dan kayu telah serang jali dari arah belakang. Jali cedera di belakang badan bahu kiri dan kanan, tangan kanan dan peha kanan. Saspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah m/kar jenis dan no. Pendaftaran tak pasti warna gelap. Ambulans telah membawa mangsa ke HKL. 

Temubual awal dgn mangsa di HKl dapati mangsa 

Nama: Zazali b Safri 661223-10-6207 

Kerja : Berniaga handphone.

Menurut doktor yg merawat mangsa terdapat 10 "slash wounds" pd badan mangsa; 6 dibelakang bada, 1 pada bahu kanan dan 1 pd bahu kiri,1 pada pergelangan tangan kanan dan 1 lagi pada peha kanan. Mangsa tidak kenal saspek dan tidak pasti motif saspek kerana tiada bermusuh dgn sesiapa. Mangsa adalah ayahanda kawasan gombak (ayah tyson).




klik SINI untuk gambar selanjutnya

JEPUN SELEPAS TSUNAMI DAN SEKARANG (30 GAMBAR)

Gempabumi Tohoku yang melanda jepun pada 11 Mac 2011 mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Sebanyak 15 888 orang dilaporkan meninggal dunia dan hampir 130 000 bangunan musnah akiba gempa sebesar 9.3 pada skala richter. Selepas hampir dua tahun berlaku mari lihat bagaimanakah proses pembinaan semula kawasan yang musnah setakat ini. Impresif?





tekan sini untuk gambar seterusnya

Tuesday, May 21, 2013

FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 2 (MATAHARI)

Sambungan FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 1 (BULAN)
GERHANA MATAHARI

☺  Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi bertembung dengan matahari dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru terbit kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.



☺  Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak antara bumi dan matahari. Keadaan itu menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

☺  Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya. Gerhana separuh pula berlaku apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari. Gerhana analus terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.



☺  Gerhana matahari berlaku paling lama 7 minit 30 saat pada sesuatu tempat. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 1 (BULAN) ...

KEJADIAN GERHANA ...
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana.

GERHANA BULAN
 
☺ Gerhana bulan hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada berhadapan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Justeru, bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan kemudian menghilang.

☺ Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.



☺  Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.
§  Pada tahun ini telah berlaku dua gerhana iaitu gerhana matahari pada 4 Jan 2011 di Bucharest (Eropah) dan gerhana bulan pada 16 Jun 2011 (sebahagian Asia).
(    (sumber gambar gerhana bulan 16 jun 2011 zikrihusaini.com)






Syurga Kaum Lesbian..Pulau Lesbos,



Kaum wanita di seluruh Eropah, yang tergolong pecinta sesama jenis atau lesbian, tertarik mengunjungi sebuah pulau di Greece untuk menghadiri sebuah festival antarabangsa yang unik khusus untuk kaum wanita.
Pulau itu bernama Pulau Lesbos. Pulau itu terletak di sebuah kawasan yang dipengaruhi oleh Greek Ortodoks di mana sebahagian masyarakatnya menentang perkahwinan sesama jenis. Tetapi, justru secara diam-diam acara untuk para kaum lesbian berkembang di sudut Laut Aegean tersebut.

Sepanjang sedekad yang lalu, pengunjung acara yang digelar selama dua minggu itu meningkat secara drastik, dari sekitar 30 org sehingga ratusan wanita. Mereka datang dari pelbagai negara di Eropah tak hanya Jerman, Inggeris, Belanda dan Scandinavia saja tetapi juga dari Yunani dan Itali.


Sepanjang sedekad yang lalu, pengunjung acara yang digelar selama dua minggu itu meningkat secara drastik, dari sekitar 30 org sehingga ratusan wanita. Mereka datang dari pelbagai negara di Eropah tak hanya Jerman, Inggeris, Belanda dan Scandinavia saja tetapi juga dari Yunani dan Itali.



Para perempuan yang hadir di sana mengisi acara dengan mengadakan perjalanan menggunakan kapal layar, menikmati matahari terbenam, workshop, mengadakan kelas tarian Yunani serta memainkan filem tentang lesbian. "Aku terpesona, tidak ada kecemasan sama sekali," kata Lauren Bianchi, seorang peserta asal Scotland.
Lauren Bianchi mengaku ini untuk pertama kalinya ia mengikuti festival tersebut. Ia mengaku sebelum ini ia telah membaca artikel tentang hubungan yang sulit antara penduduk tempatan dan lesbian. Tetapi, ketika berada di sana, ia merasakan keselesaan.

Pada tahun 2000 , pertama kali festival ini dilancarkan, ada ketegangan tercetus. Sebuah poster iklan dianggap sebagai pemicunya. Datuk Bandar mengancam membawa masalah ini ke mahkamah dan melarang penyelenggaraan acara tersebut. Ia berjanji akan mengusir para lesbian dari tempatnya tersebut.

Tetapi, kononnya para pelancong lesbian ini sudah mulai datang ke kawasan pelancongan sejak tahun 1970-an. Menurut laporan sebuah agen perjalanan pelancongan, sekarang hampir sekitar 60 peratus pelancong yang mengunjugi pulau tersebut kaum lesbian. Tetapi, ketika festival berlangsung, pelancong lesbian akan melonjak menjadi 90 peratus.


Adakah anda masih ingat peristiwa tahun 2004 Allah swt telah memusnahkan syurga dunia yang terletak di Phuket Thailad? Sebuah pulau yg tercantik didunia musnah hanya sekelip mata sahaja. 

klik sini untuk gambar seterusnya :)



Monday, May 20, 2013

Bab 1:Takut kepada Allah



“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Ku tutup semua pintu langit baginya.”

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara:
Pertama, pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong, dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir , membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua, pada hatinya. Dia membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadapat sahabatnya. Lantaran, kedengkian dapat menghapuskan kebaikan sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat”

Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Nabi SAW bersabda:

“Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka”

Kelima, pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk perkara yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada Allah.

Dirawikan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh  ribu aula. Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk di situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah”

Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta untuk bergaul dengan para ulama orang-orang yang soleh.

Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut daripada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)”

Seolah-olah Allah mengatakan: Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api neraka.

Bab 1.2: Menangis Kerana Takutkan Kepada Allah SWT


Sesungguhnya Allah telah berkata: “Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di Akhirat. Dan barangsiapa aman dengan-Ku di dunia, Aku takutkan dia di Akhirat”

“Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis..”

102 KATA-KATA MUTIARA, HIKMAH DAN MOTIVASI


Kompilasi 102 Kata-kata Hikmah, Mutiara Kata Dan Ayat-ayat Motivasi | Hari ni saya nak kongsikan Mutiara Kata, Kata-kata Hikmah dan Kata-kata motivasi yang saya ambil sepenuhnya dari Laman Nurani. Semoga kata-kata ini dapat memotivasikan kita dan menaikkan semangat kita. InsyaAllah.

=========================

1. Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

2. Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

3. Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

4. Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

5. Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk



6. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

7. Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

8. Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

9. Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

10. Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

11. 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

12. Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

13. Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

14. Jawatan kosong kerja dari rumah diperlukan segera. Cuma buat kerja depan komputer. Kalau anda inginkan pendapatan sambilan at least rm1000 sebulan sertai kami di >>JOBDIRUMAH<<. Tahniah, anda membuat pilihan bijak!

15. Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

16. Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

17. Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

18. Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

19. Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia



20. Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

21. Terburu-buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

22. Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan

23. Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun

24. Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan

25. Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

26. Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

27. Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

28. Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

29. Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

30. Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

31. Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

32. Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

33. Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh

34. Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup

35. Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

36. Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.



37. Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

38. Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

39. Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

40. Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

41. Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

42. Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

43. Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah





44. Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

45. Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

46. Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

47. Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan

48. Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang

49. Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

50. Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan

51. Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

52. Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

53. Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan

54. Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal





55. Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

56. Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat

57. Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi

58. Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

59. Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

60. Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

61. Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan




62. Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

63. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah

64. Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

65. Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

66. Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

67. Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa

68. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

69. Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

70. Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan

71. Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

72. Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan



73. Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

74. Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

75. Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya




76. Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik

77. Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan


78. Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

79. Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

80. Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

81. Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

82. Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian


83. Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera




84. Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

85. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya


86. Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

87. Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

88. Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

89. Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.

90. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

91. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

92. Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

93. Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

94. Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

95. Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

96. Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

97. Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

98. Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

99. Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

100. Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat

101. Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

102. Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata

Kenapa kucing makan rumput?


Kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapkan dengan makan rumput, ia akan mengakibatkan ia seperti “keracunan” atau “sakit” kerana untuk mengeluarkan racun atau sakit yang ada kat dalam perut atau badannya. ini adalah kerana ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut


sesetengah laman web menyatakan,Kucing memakan rumput kerana untuk memuntahkan semula bahan didalam perut. contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut.

cuba anda lihat atau observe, lepas kucing nie makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, kemudian akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.

kucing adalah haiwan karnivor dimana kucing kebiasaanya makan daging dan ikan. tetapi, kucing juga sperti manusia memerlukan keseimbangan badan seperti calcium, protein dan sebagainya. oleh itu kadang- kadang, kucing memakan rumput @ sayur adalah untuk menambah serat di dalam badan.!

klik sini untuk melihat gelagak si manja :)



Graphic Design Service: Apa itu cukai GST?

Graphic Design Service: Apa itu cukai GST?

Saturday, May 18, 2013

Mengapa Pakaian Bedah Berwarna Hijau?


Tahukah Anda ??

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.


Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.
Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.
Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Warna hijau juga adalah warna kegemaran Rasulullah ;)
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.

Psst: Ini adalah sekadar maklumat bersama sahaja. Usah kaitkan dengan perkara lain yang tidak masuk akal. Usah jadi badut tidak berbayar di sini yang tak habis-habis nak relate semua perkara dengan politik. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.