Entry Terbaru

Tuesday, May 21, 2013

FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 1 (BULAN) ...

KEJADIAN GERHANA ...
Gerhana merupakan kejadian astronomi yang berlaku apabila satu objek astronomi bergerak ke dalam bayang objek astronomi yang lain. Terdapat dua jenis gerhana.

GERHANA BULAN
 
☺ Gerhana bulan hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada berhadapan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Justeru, bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan kemudian menghilang.

☺ Gerhana penuh berlaku apabila sumber cahaya dilindungi sepenuhnya oleh sesuatu objek astronomi. Gerhana separa pula berlaku bila cuma sebahagian daripada objek tersebut dilindungi. Gerhana anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus dapat diperhatikan di sekeliling objek tersebut.



☺  Gerhana mungkin tidak berlaku setiap tahun, dan mungkin pula beberapa kali setahun. Namun gerhana penuh adalah jarang dan hanya dapat disaksikan pada suatu tempat di bumi.
§  Pada tahun ini telah berlaku dua gerhana iaitu gerhana matahari pada 4 Jan 2011 di Bucharest (Eropah) dan gerhana bulan pada 16 Jun 2011 (sebahagian Asia).
(    (sumber gambar gerhana bulan 16 jun 2011 zikrihusaini.com)






No comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Untuk Lebih Informasi sila lawati Blog saya http://www.aadesigns94.com/