Entry Terbaru

Tuesday, May 21, 2013

FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 2 (MATAHARI)

Sambungan FENOMENA KEJADIAN GERHANA PART 1 (BULAN)
GERHANA MATAHARI

☺  Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi bertembung dengan matahari dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru terbit kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.



☺  Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak antara bumi dan matahari. Keadaan itu menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

☺  Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya. Gerhana separuh pula berlaku apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari. Gerhana analus terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.



☺  Gerhana matahari berlaku paling lama 7 minit 30 saat pada sesuatu tempat. Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih. Untuk Lebih Informasi sila lawati Blog saya http://www.aadesigns94.com/